Samsengoii's Blog

Tajuk : Ima dan Almari Ajaib

June 10, 2009 · 1 Comment

2

Latar temap
Di rumah, bilik Puan Ima

Watak
Puan Ima (Ibu)
Tuan Abu(Ayah)
Nabil (Anak Lelaki)
Bibik (Pembantu rumah)
Orang 1

Skrip

Babak 1

Kami dari Kumpulan 6, iaitu Samseng Tahi Minyak (STM)  akan mempersembahkan sebuah sketsa daripada adegan filem Ali Baba Bujang Lapok. Ceritanya begini…

Terdapat sebuah keluarga yang masyhur dan mewah yang terdiri daripada Tuan Abu, Puan Ima, Nabil dan orang gajinya, Bibik. (Pada masa yang sama, pelakon memberi pose yang mendefinisikan watak mereka.)

Pada suatu pagi, tuan rumah sedang bersiap sedia untuk ke pejabat seperti biasa.

Tuan Abu (TA): Ayang! Abang dah nak pergi kerja dah ni!!

Puan Ima (PI) : Yalah Abang oiiii! Ima datang ni. Tunggu sebentar!

Setelah Tuan Abu beredar, Puan Ima kembali ke kamarnya.

PI (sambil melihat dirinya di cermin): Eh, eh, cantiknya muka aku ni! Lawanya gelang emas dan cincin berlian ku ini. Eh, nanti! Cukup tak bedak di muka I? Nak tambah lagi ke? Hehehehe!

(Puan Ima berjalan ke almari ajaibnya.)

PI: Iyaing song matak aji semar ngiseng.

Almari dibuka dan ia mendedahkan harta karun yang banyak sekali.

(Bibik lalu kamar Puan Ima dan terlihat perilaku majikannya itu.)

Bibik (monolog dalaman): Eh, apa itu ibu sedang buat? Nyaing…Nyanyi…eh salah pula! Iyaing song matak aji semar ngiseng! Wahhh, banyak banget gelang emas di almari itu!

(Ibu keluar.)

Bibik: Oh! Permisi bu! Ibu mahu ke mana?

PI: Bibik, oh, Ibu hendak keluar sekejap, nak pergi salon. Set rambut I!(sambil membelek-belek rambutnya)

Bibik: Baik bu!

Babak 2

Sejurus selepas Puan Ima keluar, Bibik masuk ke bilik Puan Ima untuk cuba membuka almari ajaib itu.

Bibik: Iyaing song matak aji semar ngiseng.

(Pintu almari buka).

Bibik: WOW!!!! (Bibik mengambil segumpal berlian dan intan lalu terpesona)

Tanpa Bibik sedari, anak Puan Ima, Nabil sedang mengintip gerak-gerinya.

Bibik lantas mengambil intan dan berlian tersebut lalu menggadaikannya agar mendapat wang untuk membantu keluarganya yang susah di Aceh.

Beberapa hari kemudian, Nabil mengambil peluang keemasan untuk mencerobohi almari ajaib ibunya.

Nabil : Iyaing song matak aji semar ngiseng.

(Pintu almari pun terbuka.)

Nabil  : WWWWWWWOOOOOOOWWWW! OH MY GOD! Ini aku jual pun boleh dapat banyak duit! Kaya kaya kaya!

Almari ajaib : Terkejut nampak! Terkejut nampak!

Nabil dengan tamak halobanya mencuri segala harta karun di dalam almari ibunya. Keesokan harinya…

Babak 3

PI : OH MY GOD! Bibik!!!!!!!!!!! Kamu curi barang kemas ya?!!!! (pekik)

(Bibik lalu  bergegas ke bilik majikannya.)

PI : Bibik!!!! Kamu masih tidak mahu mengaku yang kamu mencuri harta bendaku!! Uh! Uh! Uh!

(Bibik diam.)

Pada petang itu, Puan Ima memberitahu suaminya mengenai kehilangan barang kemasnya itu.

TA : Yekah sayang? Awak yakin ke????? Betul????

PI : Yah bang! seratus percent I yakin! Oh oh oh.. I yakin!!

TA : Jangan terburu buru mengambil tindakan ok sayang.. Kita selidik dahulu. Mari kita ke pejabat polis untuk melaporkan kes ini.

Nabil yang berada di bilik sebelah terdengar perbualan ibu bapanya. Sebelum mereka keluar ke pejabat polis, Nabil bergegas ke ibu dan ayahnya dan mula berbicara.

Nabil : Ayah, Ibu, Nabil minta maaf! Janganlah ibu dan ayah ke pejabat polis. Sebenarnya, Nabil yang mencuri semua harta benda ibu! Bukan Bibik! Bibik tak bersalah!

Almari ajaib : Sedih nampak! Sedih nampak!

TA dan PI terkejut!!!

Nabil meminta maaf serta merta dan cuba menjelaskan situasi sebenar. Puan Ima memanggil Bibik dan…

PI : Bik, I minta maaf kerana menuduh you mencuri barang kemas I. I paham atas kesusahan keluarga Bik di Aceh. I halalkan segala-galanya.

Bibik : Terima Kasih ya Bu…

Akhirnya, mereka tidak ke pejabat polis. Bibik diberi wang untuk pulang melihat keluaranya di Aceh manakala Nabil telah mempelajari sesuatu yang penting daripada perbuatannya yang salah itu. Nabil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Pengajaran

  • Kita tidak harus bersikap haloba dan tamak harta.

~ T A M A T ~

→ 1 CommentCategories: Uncategorized

Salam sejahtera semua!

June 10, 2009 · 1 Comment

 

IMG_0304 edited

 Kami dari kumpulan yang terhandal, Kumpulan Samseng Tahi Minyak, yang dianggotai oleh Iman, Syafiq, Nabilah, Raqibah, Hidayah, Sakeenah, Luthfiah, Ainon. Kumpulan ini diketuai oleh Kak Suhana dan juga Kak Aisyah.

P1040327

Kem kami diadakan di NUS dan dianjurkan oleh PBMUKS. Perkhemahan tiga hari dua malam ini berlangsung daripada 9 June hingga 11 June 2009.

Filem lagenda Melayu yang akan kami mengadaptasikan ialah Ali Baba Bujang Lapok, yang diarahi oleh Tan Sri P. Ramlee.

Harap pembaca akan terhibur dengan projek yang akan kami kongsikan selanjutnya.

→ 1 CommentCategories: Uncategorized